RINGKASAN CERITA
Anggerik Villa kini: Ketika hujan lebat dengan kilat sabung-menyabung, Anggerik Villa yang sekian lama kosong didatangi oleh Tengku Mukri dan Tengku Zaleha untuk berbulan madu. Mereka ditemani Dr. tengku Aziz, teman baik Tengku Mukri. Suasana Anggerik Villa menjadi kelam kabut dengan kedatangan Ghazali (pemuda kampung berdekatan) yang mahu mempastikan sama ada Tengku Zaleha yang ada di villa tersebut bekas kekasihnya atau pun tidak.Apabila pulang ke rumah, Ghazali dimarahi sepupunya (Sudin) dan mengingatkan Ghazali perempuan di Anggerik Villa itu adalah isteri orang. "Tengku Zaleha sudah mati", katanya. Ghazali tidak percaya, lalu mengimbau masa lampau.
Cerita Ghazali: Ghazali dan Tengku Zaleha saling cintai-mencintai setelah Ghazali dan kawan-kawannya menolong menolak kereta yang dinaiki Tengku Zaleha terbenam ke dalam lumpur akibat hujan lebat. Bagaimanapun, perbubungan mereka mendapat halangan dari ayahanda Tengku Zaleha (Tengku Karim). Cerita Sudin: Akibat lebih mementingkan darjat dan keturunan, Tengku Zaleha dipisahkan daripada Ghazali dengan cara menggunakan kekerasan. Ghazali dibelasah teruk oleh Tengku Hasan (abang tiri Tengku Zaleha) beserta orang-orangnya, manakala Tengku Zaleha disuntik sehingga pengsan dan kemudian dibawa ke Singapura. Berikutan dengan suntikan itu, Tengku Zaleha disangka mati oleh Sudin (sepupu Ghazali) dan kawan-kawannya. Tapi bagi Ghazali dia begitu yakin yang Tengku Zaleha masih hidup dan sejak perpisahan itu, keadaan Ghazali tidak siuman dan dirinya tidak terurus.

Cerita Tengku Zaleha: Semasa di Singapura, pengeseran berlaku di mana akibatnya, Tengku Hassan telah membunuh Yang Chik (ibu Tengku Zaleha) manakala Tengku Karim masuk ke hospital sakit jiwa (gila) kerana kematian Yang Chik. Cerita kini: Di Singapura itu juga, Tengku Zaleha telah dikahwinkan dengan Tengku Mukri yang bertujuan untuk membolot harta yang ada pada Tengku Zaleha. Untuk memudahkan pertemuannya dengan Ghazali, Tengku Zaleha telah memilih Anggerik Villa di Johor Bahru untuk berbulan madu. Turut bersama mereka, Tengku Aziz. Dengan pertmuan tersebut jalinan kasih antara Ghazali dan Tengku Zaleha yang terbantut mekar semula.
Bagaimanapun, apabila Tengku Mukri mendapat tahu dari Tengku Aziz yang Tengku Zaleha dan Ghazali sedang bercinta dan Tengku Aziz pula meminta Tengku Mukri menceraikan Tengku Zaleha supaya dapat berkahwin dengan Ghazali, dia naik berang. Cadangan Tengku Aziz sangat memarahkan Tengku Mukri dan membuat rancangan membunuh Tengku Aziz cara melanggar dengan keretanya dari selepas itu pergi menemui Ghazali membuat perhitungan untuk membunuh Ghazali. Pertarungan sengit berlaku di antara Ghazali dan Tengku Mukri hampir meragut nyawa Ghazali, Tengku Aziz yang disangka terbunuh muncul tiba-tiba lalu menembak tengku Mukri lalu membunuhnya. Dengan itu, bertautlah semula cinta antara Ghazali dan Tengku Zaleha.
PENGAJARAN CERITA
PENGAJARAN CERITA
Antara Dua Darjat merupakan filem yang memaparkan kritikan tanpa selindung terhadap golongan feudal. Serangan terus-terusan P.Ramlee di dalam filem ini bermula dari awal sehingga akhir. Filem ini tidak memerlukan pembedahan lanjut untuk kita memahami makna dan tanda di dalamnya. Semuanya terpapar dengan jelas dan terang. Kita cuma perlu duduk, tonton, dan bertenang dengan filem tentang ketidakseimbangan sosial dan layanan masyarakat yang berbeza-beza mengikut pangkat dan keturunan ini. Filem ini bermula di tengah-tengah dan kembali secara beransur-ansur ke belakang dan memberi penjelasan kepada penonton tentang apa sebenarnya yang berlaku. Pembukaan filem ini sebenarnya agak misterius. Hujan, perit dan suasana malam menambahkan kelam babak pembukaan filem ini. Jangkaan awal boleh menyebabkan kita terfikir bahawa ini merupakan sebuah filem thriller. Namun, menerusi rangkaian plot yang kemas, dibuat secara teratur menyebabkan kita memahami setiap konflik yang timbul dengan baik.
Piano menjadi objek fokus di dalam filem ini dan kemudiannya kita dapat memahami bahawa piano menjadi fokus kerana ia adalah objek penting yang menjadi titik pertemuan dan perpisahan Ghazali dan Tengku Zaleha. Melalui piano mereka berkenalan, melalui piano mereka menjadi rapat dan melalui piano mereka bertemu semula. Menggunakan objek sebagai mengaitkan setiap konflik dan pertembungan watak merupakan satu idea bijak dan membolehkan kita memahami dengan mudah perkaitan berkenaan. Pada babak awal sewaktu kita diperkenalkan dengan Anggerik Villa yang suram dan muram, kita ditontonkan dengan potret Tengku Karim yang kelihatan senget dan menimbulkan syak di hati kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam villa berkenaan. Penggunaan objek seperti ini amat membantu penceritaan yang kemudiannya secara beransur-ansur kita diperkenalkan dengan Tengku Karim dan seterusnya watak-watak lain.
Ego dan rasa meninggi diri dalam kalangan golongan feudal dan bangsawan ini ditonjolkan P.Ramlee dalam beberapa babak. Misalnya dalam babak semasa Tengku Karim memarahi Tengku Zaleha yang basah kuyup membantu penduduk kampung menolak keretanya yang tersangkut lumpur.
"Tengku, berdarah mulia. Tidak layak bercampur gaul dengan pemuda-pemuda yang bukan keturunan diraja, tau?"
Filem ini juga menonjolkan kawalan golongan feudal ini terhadap wanita dengan wanita tidak dibenarkan keluar rumah, hanya duduk di rumah dan bergaul dalam kelompok elit sahaja. Patriaki yang menebal dalam jiwa feudal ditonjolkan. Ini dapat dilihat kepada dialog Tengku Hasan yang memarahi Yang Chik, ibu tirinya kerana membenarkan Tengku Zaleha keluar rumah.
"Mak Yang! Mengapa Mak Yang membiarkan Tengku Zaleha keluar semasa ayahanda tiada di rumah?"
Kemudian kita dapat lihat bagaimana Tengku Karim menghalang Tengku Zaleha daripada keluar rumah.
"Mulai dari hari ini! Ayahanda tak izinkan kamu pergi ke mana-mana. Kerana Ayahanda curiga kalau kau bercampur gaul lebih-lebih lagi kamu membuat perhubungan dengan pemuda-pemuda yang tidak setaraf dengan darjat kita."
Kita dapat melihat juga bagaimana egonya Tengku Karim yang enggan bersalaman dengan Ghazali, semasa Ghazali datang ke rumahnya untuk mengajar Tengku Zaleha bermain piano. Ini merupakan sebahagian daripada sikap negatif golongan feudal yang dikritik secara terus tanpa berselindung oleh P.Ramlee. Filem ini lebih mudah dibaca kerana paparan kritikannya dilihat tepat dan mengena.
Terdapat satu babak yang benar-benar dilihat sebagai tamparan P.Ramlee kepada golongan feudal. Kita lihat babak Sudin sedang bersiap-siap, berpakaian cantik dan memakai pewangi sehingga Ghazali menegurnya. Sudin kelihatan segak, wangi dan bergaya. Niat Sudin sebenarnya untuk bertemu dengan pujaan hatinya, Muna, orang gaji yang bekerja dengan Tengku Karim. Kita dapat lihat Sudin begitu bersemangat untuk memikat Muna. Apabila Sudin tiba di kawasan rumah Tengku Karim, Sudin melihat Muna sedang sibuk mencuci lantai dan pada masa yang sama seorang lagi orang gaji di rumah berkenaan, Wak Karto datang dan cuba memikat Muna. Sudin yang berada di luar menyembunyikan diri, takut dirinya kelihatan. Namun malang menimpa Sudin apabila Wak Karto yang membantu Muna, menyimbah air cucian lantai yang busuk itu ke luar dan membasahi Sudin seluruhnya. Sudin yang hampa pulang ke rumah dalam keadaan tidak terurus dan busuk. Berlawanan dengan keadaan dirinya semasa keluar rumah tadi. Ghazali turut menyindirnya. Babak ini mungkin kelihatan biasa, namun jika diteliti dengan baik kita dapat mengesan satu kritikan tajam yang cuba disampaikan. Sudin, orang kebanyakan membawa bau wangi dan pergi ke rumah golongan feudal dan membawa pulang bau busuk. Bau wangi itu mewakili jiwa orang kebanyakan di dalam filem ini yang elok, suci dan harum. Hati yang sentiasa baik dan membantu orang. Bau busuk ini yang datang dari rumah Tengku Karim, mewakili jiwa golongan feudal di dalam filem ini yang busuk dan sentiasa cuba menindas orang-orang yang lemah.
Filem ini juga melihatkan keberanian P.Ramlee menggunakan perkataan feudal di dalam dialognya. Ini menandakan P.Ramlee begitu menekankan aspek kritikan terhadap golongan ini. Sebelum filem Antara Dua Darjat, perkataan feudal tidak pernah disebut di dalam filem-filem P.Ramlee yang lain. Walaupun perkataan itu hanya disebut sekali, namun kesannya cukup ketara. Perkataan berkenaan disebut di dalam dialog semasa Sudin cuba menasihati Ghazali.
"Ghazali, orang yang berdarah feudal macam Tengku Karim itu dia lebih suka melihat anaknya mati daripada melihat anaknya membuat perhubungan dengan orang kebanyakan seperti kita."
Ini jelas menunjukkan sikap P.Ramlee terhadap kelompok feudal yang memandang kebanyakan golongan ini suka bertindak berat sebelah dan memihak kepada mereka sahaja dan dalam masa yang sama menindas golongan yang lemah dan tidak mampu melawan.
Watak Yang Chik, seorang wanita daripada golongan biasa yang cantik dan menjadi isteri kepada Tengku Karim serta ibu kepada Tengku Zaleha dan ibu tiri kepada Tengku Hasan. Kita dapat mengetahui bahawa Yang Chik ini ialah seorang perempuan kabaret melalui herdikan Tengku Hasan terhadapnya. Yang Chik menonjolkan dirinya sebagai seorang wanita yang sabar dengan segala penindasan dan kemuncaknya beliau membalas segala herdikan berkenaan dengan kritikan menyeluruh yang dilihat mampu menampar jiwa kelompok feudal.
"Ya! Aku memang perempuan kabaret! Ayah kau yang tergila-ilakan aku dahulu. Oh! Kalau kamu Tengku-Tengku gilakan perempuan kebanyakan tak mengapa ya? Kalau Tengku Zaleha gilakan laki-laki kebanyakan kamu pentingkan darah. Kenapa ayah kamu tak pentingkan darah semasa ia kahwin dengan aku dahulu?".
Ini merupakan satu sindiran tajam yang mengkritik perihal perangai golongan feudal yang gemar mengambil kesempatan terhadap wanita dan menjadikan mereka seperti hamba selepas memiliki mereka. Kata-kata Yang Chik ini merupakan satu kemuncak kepada segala kesabarannya sebelum ini.
Selain berkonflik dengan orang kebanyakan, golongan feudal di dalam Antara Dua Darjat juga ditonjolkan sebagai memiliki sikap suka berbalah sesama mereka disebabkan soal harta. Ini dapat dilihat semasa dialog di dalam kereta di antara Tengku Mukri dan ayahnya. Babak ini menonjolkan niat tidak baik Tengku Mukri yang mahu berkahwin dengan Tengku Zaleha hanya kerana mahukan hartanya. kemudian kita melihat babak Tengku Mukri menjalinkan hubungan sulit dengan wanita kebanyakan lain. Lihat di sini dua perkara yang menjadi rebutan golongan feudal ialah harta dan wanita.
Namun, P.Ramlee cuba mengimbangi kritikannya dengan menonjolkan watak Tengku Aziz, golongan feudal yang dilihat liberal dan tidak mementingkan darjat. Tengku Aziz ditonjolkan sebagai golongan feudal yang disenangi ramai dan sanggup berkorban demi kebahagian golongan kebanyakan. Tengku Aziz menembak Tengku Mukri dan rela bertanggungjawab di atas kematian berkenaan. Menurut Tengku Aziz, lelaki seperti Tengku Mukri amat bahaya. Ya! Memang bahaya kepada masyarakat dan P.Ramlee menonjolkan bahawa golongan feudal seperti Tengku Mukri tidak sepatutnya wujud. Satu dialog yang diungkapkan Tengku Aziz, benar-benar menonjolkan perihal dirinya yang liberal dan terbuka.
"Kamu selalu mementingkan darjat, mementingkan darah. Apakah keistimewaannya yang berada dalam darah kita. Tengku Mukri? Tengku! Tengku hanya panggilan, gelaran, nama. Tidak ada kena mengena dengan darah kita Tengku Mukri."
Di penghujung filem ini kita dapat melihat kemenangan milik orang kebanyakan dan golongan feudal kesemuanya musnah, Tengku Mukri mati, Tengku Hasan ditangkap polis dan Tengku Karim dimasukkan ke hospital mental. Babak akhir filem ini juga melihatkan P.Ramlee melepaskan geram terhadap golongan feudal denan menjert kepada Tengku Mukri yang sedang berdarah di kepala.
"Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu! Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu! Sekarang cubalah kamu bandingkan darahmu dengan darahku! Bandingkanlah darahmu dengan darahku!".
FAKTA & ANGKA

- Filem kedua cerita asalnya oleh Omar Rojik yang diarahkan oleh P.Ramlee selepas "Semerah Padi".
- Filem pertama lakonan Yusof Latiff dalam filem arahan P.Ramlee. P.Ramlee pernah berlakon sama dengan Yusof Latiff dalam "Panggilan Pulau" dan "Hang Tuah".
- Filem keempat dan terakhir Sa'adiah berlakon dalam filem yang diarahkan oleh P.Ramlee selepas "Penarek Becha" "Semerah Padi" dan "Musang Berjanggut".
- Sa'adah meninggal dunia di Kuala Lumpur 26 Februari 2004.
- P.Ramlee nyaris-nyaris sekali lagi memenang
- Sempena penayangan filem ini satu peraduan melukis potret Sa'adiah telah dianjurkan oleh Majalah Filem. Peraduan ini telah dimenangi oleh Ahmad Shariff dari Tanjong Pagar, Singapura.
- Sepatutnya filem ini dihantar untuk dicalonkan dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-7 di Tokyo (1960) yan mana pengumumannya telah dibuat dalam Majalah Filem Bilangan 1 keluaran bulan April 1960. Tetapi terpaksa dibatalkan dan tempatnya digantikan dengan "Seniman Bujang Lapok". Filem ini bagaimanapun dihantar ke festival filem yang sama di Tokyo pada 1963, tetapi gagal merebut sebarang anugerah.
- Adegan ketika P.Ramlee mahu dikapak S.Kadarisman di akhir filem juga salah satu adegan yang terdapat dalam "Barsaat" yang mana K.N.singh mahu mengapak Raj Kapoor.
- Dialog: "Namaku Ghazali. Ayahku bernama Mahadi, ibuku bernama Khatijah. Umurku 28 tahun, belum kahwin. Aku bekerja di "International Club" sebagai pemain piano dan penyanyi. Cukup?". Diilhamkan oleh P.Ramlee daripada filem "The Kingdom And The Beauty" yang dbintangi oleh Lin Dai.